MASALAH NAZA RIA
Assalammmualaikum & Salam Sejahtera. Disini saya ingin berkongsi sedikit ilmu cara penyelenggaraan sistem penyejukkan enjin, khususnya untuk kenderaan Naza Ria, seperti kita sedia maklum enjin Naza Ria sering menghadapi masalah #overheat. Persoalannya apakah kita mampu mengatasi masalah tersebut atau tidak? Tetapi jika anda bertanya kepada saya, dengan penuh keyakinan saya akan menjawap boleh. Menceritakan pengalaman saya dengan Naza Ria. Saya membeli Naza Ria pada penghujung Tahun 2008, Naza Ria saya itu dijadikan teksi Eksekutif (HWD74), bukan nak cakap besar, tetapi kenyataannya saya telah memandu Naza Ria itu keseluruh Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak, sehingga lah pada Tahun 2015 saya membuka Pusat Servis Kenderaan di Sentul, saya menyewakan Teksi Naza Ria saya itu kepada pemandu kedua sehingga ke hari ini, mileage Teksi Naza Ria saya setakat ini telah mencecah hampir 700,000KM. Kalau tak percaya cari lah Teksi saya itu di Lembah Ke...