
8hb Ogos 2017, kami menerima sebuah lagi Naza Ria yang enjinnya diletakkan dibelakang dalam keadaan terbarai (lerai), Naza Ria ini telah tersadai disebuah Workshop hampir 1 Tahun lebih, cuba perhatikan gambar pintu Naza ini, dah berlumut. Mengikut cerita pemilik Naza Ria ini, workshop lama memberitahu kepada beliau bahawa kedua-dua head Naza Ria dia telah rosak dan tidak boleh digunakan lagi, namun dari pandangan fizikal kami, kami percaya kedua-dua head tersebut masih boleh digunakan, cuma perlu menjalani beberapa proses pengesahan dan pembaikkan. Setelah proses pertama dilakukan, sah kedua-dua head tersebut masih boleh digunakan, dan kerja-kerja pembaikkan enjin Naza Ria tersebut berjalan walaupun sesekali terbantut kerana ada beberapa kompenan tidak disertakan sekali. Hasilnya....Pada 30hb Ogos 2017 enjin Naza Ria yang lerai bertahun, telah berjaya dihidupkan, walaupun terpaksa menggunakan beberapa kompenan (Sensor) dari kenderaan lain sebagai pinjam...