Assalammualaikum & Salam Sejahtera Sering kali saya terbaca komen-komen negatif dilaman sosial terhadap MPV keluaran Koria ini. Ramai yang berkata enjin kenderaan MPV ini tidak bagus kerana terlalu manja dan sebagainya. malah difahamkan kos untuk membaikpulih semula enjin MPV ini terlalu tinggi sehingga mencecah belasan ribu Ringgit... Persoalannya benarkah? Jom kita bincangkan..... Saya adalah salah seorang pengguna MPV Naza Ria ini sejak Ogos 2008, ketika itu MPV yang saya miliki dijadikan kenderaan pengangkutan awam (Teksi), terus terang selama setahun saya menggunakan MPV ini sebagai Teksi, saya sentiasa berada didalam kebimbangan, apa tak nyer kiri kanan depan belakang, semua orang cakap enjin Naza Ria ini bermasalah, mudah overheat, dan kos untuk membaikpulih enjin MPV ini agak mahal. Saya cuba memahami punca penyakit MPV ini, masalah utama dia overheat, lalu saya mengambil berat tentang sistem penyejukan enjin (coolant), saya akan flushing radiator MPV saya
Ulasan
Catat Ulasan