MACAM MANA GEARBOX TAK JAHANAM
Assalammualaikum & Salam Sejahtera.
Inilah salah satu sebab kenapa gearbox sesebuah kenderaan itu mengalami kerosakkan, tidak dinafikan faktor usia sesebuah gearbox itu memainkan peranan, namun lebih banyak masalah yang kami temui berpunca daripada sikap pemilik kenderaan itu.
Ramai pemilik kenderaan tidak melakukan penyelenggaraan secara berjadual terhadap minyak gearbox, kami temui banyak kes yang warna minyak gearboxnya telah menyerupai minyak enjin (hitam), ada kes bernasib baik, dan banyak kes tidak bernasib baik.
Cuba perhatikan keadaan skru pembuangan minyak gearbox ini. agak-agak anda berapa lamakah minyak gearbox kenderaan ini tidak ditukar?
Sebenarnya sikap seperti inilah yang merugikan diri sendiri, kelalaian atau sikap terlalu berkira (kedekut) untuk menyelenggarakan kenderaan akan menyebabkan kita mengalami kerugian yang lebih besar.
Cuba bayangkan pula dalam mud anda happy-happy nak holiday, tiba-tiba kereta anda mogok di jalan.. Siapa yang susah? Kami ker yang susah, atau anda sendiri yang susah..?
So.............. Tak perlulah anda nak berjimat-jimat sangat, sampai masa (30,000KM bagi gear auto) pergi cari workshop yang boleh di percayai, tukar jer minyak gearbox tu, tak pun datang jer ke premis kami. Yang mana tidak tahu tentang penjagan kenderaan, harap dengan pencerahan ini, ia dapat membantu.. Sekian.
PB MAJU AUTOMOTIF
No 6, Jalan Desa Utama
Bandar Country Home, Rawang
WhatsApp 0166585716
Respond Pantas klik link dibawah ini
http://workshoppbmaju.wasap.my
*Jika pencerahan kami membantu, sila like fb PB Maju. Tq
*Jika pencerahan kami membantu, sila like fb PB Maju. Tq
Saya ada tempat yg lg murah dan bagus.boleh cuba..
BalasPadam