Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2017

MASALAH NAZA RIA

Imej
Assalammmualaikum & Salam Sejahtera. Disini saya ingin berkongsi sedikit ilmu cara penyelenggaraan sistem penyejukkan enjin, khususnya untuk kenderaan Naza Ria, seperti kita sedia maklum enjin Naza Ria sering menghadapi masalah #overheat. Persoalannya apakah kita mampu mengatasi masalah tersebut atau tidak? Tetapi jika anda bertanya kepada saya, dengan penuh keyakinan saya akan menjawap boleh. Menceritakan pengalaman saya dengan Naza Ria. Saya membeli Naza Ria pada penghujung Tahun 2008, Naza Ria saya itu dijadikan teksi Eksekutif (HWD74), bukan nak cakap besar, tetapi kenyataannya saya telah memandu Naza Ria itu keseluruh Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak, sehingga lah pada Tahun 2015 saya membuka Pusat Servis Kenderaan di Sentul, saya menyewakan Teksi Naza Ria saya itu kepada pemandu kedua sehingga ke hari ini, mileage Teksi Naza Ria saya setakat ini telah mencecah hampir 700,000KM. Kalau tak percaya cari lah Teksi saya itu di Lembah Kelang dan tengok sendiri mileagenya

TUKARLAH MINYAK GEARBOX

Imej
Anda pasti tidak mahu kenderaan kesayangan anda menghadapi masalah gearbox, kerana anda sedia maklum kos untuk membaikpulih atau menukar gearbox baru tidak murah. Kos untuk membaikpulih atau menukar gearbox baru agak terlalu mahal jika hendak dibandingkan dengan kos penyelenggaraan berjadual. Dari itu kami di PB Maju Automotif dengan ikhlas hati menasihatkan anda agar menyelenggarakan (menukar minyak) gearbox kenderaan anda sekurang-kurangnya setiap 30,000KM. Gearbox tak rosak, tahan lama dan akan terus kekal Ori. ​ fb #pbmaju ​