Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2017

TIPS SELAMATKAN ENJIN NAZA RIA DARIPADA MASALAH OVERHEATING

Imej
Assalammualaikum & Salam Sejahtera Dikesempatan ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu Allah kepada pemilik-pemilik kenderaan, khusnya kepada pemilik-pemilik Naza Ria, kita sedia maklum enjin Naza Ria sering menghadapi masalah Overheating. Tetapi sebenarnya ada cara untuk kita mengurangkan risiko berkenaan, cuma kita ingin pelajari atau tidak. Sebenarnya masalah overheating bukan sahaja dihadapi oleh enjin Naza Ria, sebaliknya masalah overheat boleh belaku kepada semua jenis kenderaan bermotor. Cuma Naza Ria ini lebih mudah menghadapi masalah overheating kerana sistem penyejukkan enjinnya (saluran air) agak lebih kecil sedikit jika dibandingkan dengan kenderaan lain. Kita harus sedar kenderaan ini dikeluarkan oleh sebuah Negara yang mempunyai suhu yang rendah, dan tidak mustahil pengeluar kenderaan ini mencipta kenderaan yang sesuai untuk suhu Negara mereka. Tetapi apabila kenderaan ini dijual di dalam Negara kita, suhu Negara kita agak panas, dan ditambah pula de