TIPS SELAMATKAN ENJIN NAZA RIA DARIPADA MASALAH OVERHEATING

Assalammualaikum & Salam Sejahtera


Dikesempatan ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu Allah kepada pemilik-pemilik kenderaan, khusnya kepada pemilik-pemilik Naza Ria, kita sedia maklum enjin Naza Ria sering menghadapi masalah Overheating. Tetapi sebenarnya ada cara untuk kita mengurangkan risiko berkenaan, cuma kita ingin pelajari atau tidak.

Sebenarnya masalah overheating bukan sahaja dihadapi oleh enjin Naza Ria, sebaliknya masalah overheat boleh belaku kepada semua jenis kenderaan bermotor.

Cuma Naza Ria ini lebih mudah menghadapi masalah overheating kerana sistem penyejukkan enjinnya (saluran air) agak lebih kecil sedikit jika dibandingkan dengan kenderaan lain.

Kita harus sedar kenderaan ini dikeluarkan oleh sebuah Negara yang mempunyai suhu yang rendah, dan tidak mustahil pengeluar kenderaan ini mencipta kenderaan yang sesuai untuk suhu Negara mereka. Tetapi apabila kenderaan ini dijual di dalam Negara kita, suhu Negara kita agak panas, dan ditambah pula dengan kekurangan pengetahuan dalam penjagaan enjin kenderaan, pemilik Naza Ria sering dihantui dengan masalah overheat.

Saya juga adalah salah seorang pemilik Naza Ria, saya menggunakan Naza Ria sebagai teksi sejak Ogos 2008, dan kini mileage Naza Ria saya telah mencecah 700,000KM.

Rahsianya mudah... 


Kita harus menjaga sistem penyejukkan enjin dengan melakukan flushing radiator setiap 40,000KM, atau sekurang-kurangnya 2 kali setahun.  So disini saya lampirkan sebuah video untuk anda tonton, dan pratikkan pada kenderaan anda supaya anda mampu mengurangkan risiko overheating pada enjin kenderaan anda.

Memastikan sistem penyejukan enjin dalam keadaan baik, mampu mengurangkan risiko overheating... InshaAllah.

Seterusnya budaya kedekut, atau terlalu berkira-kira harus dihidarkan, dalam kerjaya saya kini sebagai pemilik bengkel kereta, saya sering mendapati ramai pemilik kenderaan khusnya pemilik Naza Ria agak terlalu berat untuk memastikan sistem penyejukan kenderaan mereka berfungsi dengan baik.

Sebagai contoh, ramai pemilik Naza Ria yang menghadapi kerosakkan kipas radiator, lebih gemar memilih kipas tiruan daripada menggunakan kipas Ori, memang kipas tiruan boleh digunakan, tetapi kipas tersebut tidak mampu menyejukkan enjin Naza Ria secukupnya, kesudahannya enjin Naza Ria tersebut sentiasa berada didalam kepanasan melebih paras sebenar, dan apabila kipas tiruan semakin lemah, enjin tersebut berada didalam zon bahaya... Tetapi pemilik Naza Ria yang memandu didalam kesejukkan aircond tidak sedar, enjin Naza Rianya akan meletop (overheat).

Pesanan ikhlas dari saya, sekiranya anda tidak membeli kipas Ori dari saya, belilah kipas Ori dari pembekal lain, yang penting pastikan kipas itu Ori, semoga ilmu yang saya catatkan di sini memberi mafaat kepada semua yang membaca, maaf jika ada sebarang kesilapan. Yang baik itu dari Allah, yang kurang atau salah itu adalah sememangnya dari saya.

PB MAJU AUTOMOTIF
No 6 Jalan Desa Utama
Bandar Country Home Rawang
WhatsApp : http://workshopkeretabumi.wasap.my
Fb : PB MAJU

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BENARKAH ENJIN NAZA RIA BERMASALAH ATAU KITA SEBENARNYA BERMASALAH.

NAZA RIA & SOLUTION

PUNCA UTAMA NAZA RIA OVERHEAT