NAZA RIA & SOLUTION


Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Naza Ria adalah sebuah kenderaan MPV yang sangat selesa untuk kegunaan keluarga, namun tidak dinafikan ramai pemilik Naza Ria berdepan dengan masalah overheat, masalah tersebut bukan sahaja menyebabkan pemilik Naza Ria mengalami kerugian besar, malah telah menyebabkan pasaran Naza Ria kini tidak ada harga.

Sebenarnya masalah overheat bukan sahaja akan dihadapi oleh enjin Naza Ria, sebaliknya masalah overheat pasti akan belaku terhadap semua enjin kenderaan, jika penjagaan enjin itu tidak betul. Berkenaan enjin Naza Ria ini, ia akan cepat terkesan (overheat) kerana saluran sistem penyejukkannya agak sedikit halus jika dibandingkan dengan enjin Japan.

Sepanjang pengalaman kami membaikpulih engin Naza Ria, kami mendapati hampir 99% pemilik Naza Ria kurang arif dalam penjagaan kereta, kebiasaannya mereka hanya melakukan penyelenggaraan terhadap minyak engin dan minyak gearbox, sedangkan mereka sama sekali tidak pernah melakukan penyelenggaraan terhadap sistem penyejukkan enjin (coolant), kesilapan tersebut menyebabkan saluran air tersubat dan menganggu kelancaran aliran coolant dan seterusnya menyebabkan engin tersebut mengalami masalah overheat.

Bagi mengelak masalah overheat belaku, kami sering menasihatkan pemilik Naza Ria melakukan penyelenggaran pada sistem penyejukkan enjin dengan menukar coolant setiap 3 bulan atau 30,000KM, InshaAllah dengan melakukan penyelenggaraan tersebut, kita dapat mengurangkan resiko overheat hampir 85%, 25% lagi tergantung kepada masalah-masalah lain seperti kerosakkan pada kipas radiator dan sebagainya. (tetapi itu jarang belaku).

Kami bukanlah specialist Naza Ria, tetapi Alhamdulilah kami telah berjaya membantu banyak pemilik Naza Ria menghidupkan kembali Naza Ria mereka yang bertahun-tahun tersadai pada kadar yang berpatutan, kami tidak mengambil kesempatan untuk mengenakan kadar bayaran yang terlalu tinggi bagi membaikpulih enjin Naza Ria.

Kami menawarkan perkhidmatan overhaul Naza Ria diantara RM6000-RM7000 bergantung kepada tahap kerosakkan enjin tersebut, Kami turut memberi jaminan selama 6 Bulan.



Pakej Overhaul Naza Ria :
01. Overhoul Gasket
02. Timing Belt (100,000KM)
03. Main Bearing
04. Conrod Bearing
05. Piston Ring
06. Themostat
07. Water Pump
08. Heat Water Test
09. Skim Heat
10. Servis Radiator
11. Oil Filter
12 Engin Oil
13 Liner + Oil Ring
14. Upah


PB Maju Automotif, 780 Jalan Sentul KL
No Tel : 03-40501312 / 011-20999082
Fb : PB Maju




Ulasan

  1. Assalamualaikum saya Norazmi. Ada tak makenik Naza Dia di Seremban atau PD. NAZA TIA saya overheating. 0198627099

    BalasPadam
  2. AssaalammualaikumWarahmatullaiWabarakatuh .. .Brp hari masa d ambil utk membaiki enjin overheating...

    BalasPadam
  3. Bos nak tnya baru kereta bateri Kong lepas tukar jadi mcm semput2

    BalasPadam
  4. Enjin semput.. Kemungkinan air sensor pd hose air filter telah rosak.. Cuba cbut wire pd sensor tersebut.. Jika semput hilang.. Maka cnfirm ianya telah rosak

    BalasPadam
  5. Boss naza ria sy boleh speed sampai 140km/j shj.tekan lagi enjin mengaum x bileh pergi lagi.. Apa masalah nya?

    BalasPadam
  6. Boleh tanya naza ria 2004 Gina apa atf

    BalasPadam
  7. Casinos Near Casinos with Casinos Near Casinos in Dallas, LA
    Closest casinos near casinos in Dallas, LA to Casinos Near Casinos 충청남도 출장마사지 · 대전광역 출장마사지 Closest 전라북도 출장안마 casinos in Miami, CA · 영주 출장안마 Best casinos in Dallas, Dallas, Dallas, Charlotte, 용인 출장안마

    BalasPadam
  8. The King Casino: A Review of A Good Casino
    An overview of the The King Casino, the best online jancasino.com casino 1xbet login of the 2020, casino game list. Learn about bonuses casinosites.one and games and https://septcasino.com/review/merit-casino/ more

    BalasPadam
  9. Bos kereta saya pas cuci enjen...nk bwk g puspakom....slpas cuci enjen..kenapa semput ye...sblom cuci ok je..selepas cuci jdi cmtu ..kenapa ye...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BENARKAH ENJIN NAZA RIA BERMASALAH ATAU KITA SEBENARNYA BERMASALAH.

PUNCA UTAMA NAZA RIA OVERHEAT