Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2018

NAZA RIA AIR SELALU HILANG

Imej
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. Sering kali saya menemui ramai pemilik Naza Ria yang kebuntuan apabila Naza Ria mereka selalu cepat panas, jalan tak sampai sejam, Temp dah naik hampir habis. Bila buka bonnet, air radiator tendang keluar melalui spare tank. Water pump dah tukar, Thermostart dah tukar, radiator dah cuci, tapi temp tetap naik. Disini saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan, semoga ia dapat membantu, sebenarnya besar kemungkinan enjin berkenaan telah mengalami masalah Overheat mahu pun secara sedar atau pun secara tidak. Memang terkadang kita lihat dalam enjin tidak mengalami masalah teh tarik (air bercampur minyak), kerana mungkin head gasket tidak terbakar sepenuhnya, jadi air tak masuk lah ke dalam enjin. Tetapi......Mungkin head gasket berkenaan hanya mengalami kerosakkan diantara lubang piston dan air, maka itu tekanan (udara) yang terhasil daripada sistem pembakaran, sedikit sebanyak telah masuk ke dalam saluran air, dan seterusnya menol