NAZA RIA AIR SELALU HILANG

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Sering kali saya menemui ramai pemilik Naza Ria yang kebuntuan apabila Naza Ria mereka selalu cepat panas, jalan tak sampai sejam, Temp dah naik hampir habis. Bila buka bonnet, air radiator tendang keluar melalui spare tank. Water pump dah tukar, Thermostart dah tukar, radiator dah cuci, tapi temp tetap naik.

Disini saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan, semoga ia dapat membantu, sebenarnya besar kemungkinan enjin berkenaan telah mengalami masalah Overheat mahu pun secara sedar atau pun secara tidak. Memang terkadang kita lihat dalam enjin tidak mengalami masalah teh tarik (air bercampur minyak), kerana mungkin head gasket tidak terbakar sepenuhnya, jadi air tak masuk lah ke dalam enjin.

Tetapi......Mungkin head gasket berkenaan hanya mengalami kerosakkan diantara lubang piston dan air, maka itu tekanan (udara) yang terhasil daripada sistem pembakaran, sedikit sebanyak telah masuk ke dalam saluran air, dan seterusnya menolak semua air yang ada di dalam enjin air keluar ke spare tank, dan mengantikan air berkenaan dengan udara yang terhasil daripada sistem pembakaran. Kesudahannya kipas, dan radiator tidak yang ditugaskan menyejukkan enjin, tidak mampu melaksanakan tugas mereka.

Bolehkah enjin tersebut buat Top Overhaul sahaja?

Jawapannya : Tidak boleh. Melainkan anda ingin membuang wang anda, dan menunggu masa enjin Naza Ria anda Overheat semula. 

Kenapa pulak...?

Kerana enjin Naza Ria menggunakan sistem liner, walaupun daripada padangan mata kasar, kita lihat liner berkenaan tidak bergerak, dan berapa dalam sempurna, namun kita sebenarnya tidak sedar yang kita sedang memperjudikan keselamatan enjin berkenaan, wahal keputusan sebelum-sebelum ini ramai yang telah kecundang, dan terpaksa Overhaul semula enjin Naza ria mereka.

Maka itu kami sama sekali tidak akan menerima mana-mana Naza Ria yang hanya ingin buat Top Overhaul di premis kami, kerana kami sedar, dan kami yakin masalah berkenaan tidak akan dapat diselesaikan dengan Top Overhaul. Kami tidak mahu ambil duit orang dengan cara menganiaya orang. InshaAllah

Kesimpulan :
Head dah OK, liner pulak problem, so daripada 2 kali kerja, lebih baik buat Overhaul terus, tidak merugikan pemilik Naza Ria, dan tentu-tentu si pemilik Naza berkenan tahu kompenan penting di dalam enjin Naza Ria mereka telah ditukar baru.

PB MAJU AUTOMOTIF
No 6, Jalan Sungai Bakau
Bandar Country Home Rawang
No Tel : 0166585716
Untuk #WhatsApp pantas, klik link ini http://workshopkeretabumi.wasap.my

Ulasan

  1. Apa puncanya air boleh masuk ke radiator...

    BalasPadam
  2. Naza ria saya baru jadi problem ni.. So berapa kos utk overhaul? 🤔

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAZA RIA & SOLUTION

BENARKAH ENJIN NAZA RIA BERMASALAH ATAU KITA SEBENARNYA BERMASALAH.

PUNCA UTAMA NAZA RIA OVERHEAT