BENARKAH ENJIN NAZA RIA BERMASALAH ATAU KITA SEBENARNYA BERMASALAH.

Assalammualaikum & Salam Sejahtera


Sering kali saya terbaca komen-komen negatif dilaman sosial terhadap MPV keluaran Koria ini.

Ramai yang berkata enjin kenderaan MPV ini tidak bagus kerana terlalu manja dan sebagainya. malah difahamkan kos untuk membaikpulih semula enjin MPV ini terlalu tinggi sehingga mencecah belasan ribu Ringgit... Persoalannya benarkah? Jom kita bincangkan.....

Saya adalah salah seorang pengguna MPV Naza Ria ini sejak Ogos 2008, ketika itu MPV yang saya miliki dijadikan kenderaan pengangkutan awam (Teksi), terus terang selama setahun saya menggunakan MPV ini sebagai Teksi, saya sentiasa berada didalam kebimbangan, apa tak nyer kiri kanan depan belakang, semua orang cakap enjin Naza Ria ini bermasalah, mudah overheat, dan kos untuk membaikpulih enjin MPV ini agak mahal.

Saya cuba memahami punca penyakit MPV ini, masalah utama dia overheat, lalu saya mengambil berat tentang sistem penyejukan enjin (coolant), saya akan flushing radiator MPV saya setiap 40,000KM, Alhamdullilah sehingga hari ini teksi saya tidak pernah mengalami masalah Overheat, melainkan kesilapan manusia (pomen) telah menyebabkan enjin MPV saya mengalami masalah dan tersadai.

Berkat kesabaran dan pengalaman saya di dalam bidang automotif time lepasan sekolah, saya membuka sebuah workshop kereta yang dinamakan PB Maju Automotif (Perniagaan Bumiputera Maju), dengan keazaman untuk membantu pemilik-pemilik Naza Ria, tetapi bukan kerja amal yer... Hahahaha. Lalu saya menunda Teksi saya yang tersadai disebuah workshop ke workshop yang baru saya buka (2015) di Sentul, disitu bermula pelajaran saya mendalami ilmu membaikpulih enjin Naza Ria.

Alhamdullilah... Saya berjaya membaikpulih enjin Teksi saya, kemudian teksi berkenaan saya sewakan kepada pemandu kedua, sehingga lah industri teksi hancur, dan kini teksi berkenaan terpaksa direhatkan dengan rekod perjalanan sejauh 720,801KM (Enjin masih Ok). Saya tidak pasti kalau ada Naza Ria lain yang mampu memecahkan rekod perjalanan saya ini.

Berbalik semula kepada masalah enjin Naza Ria, sepanjang saya membaikpulih (overhaul) enjin Naza Ria, saya sering kali mendapati sikap pemilik Naza adalah punca utama enjin kenderaan tersebut jahanam (overheating), dan yang kedua adalah ketidaktelusan makanik.

Kesilapan pertama, pemilik Naza (tidak terkecuali kenderaan lain) sering kali mengutamakan jenama minyak pelincir enjin, bagi mereka minyak pelincir perlu yang bagus, dan harus ditukar mengikut jadual supaya tidak belaku geseran atau hakisan pada piston, dan sebagainya, jadi mereka lebih tertarik kepada iklan-iklan minyak enjin, berbanding mengutamakan penjagan sistem penyejukkan enjin, tapi kalau sistem penyejukkan mereka (aircond) tak sejuk mereka akan melompat.. Hahaha 

Selain daripada itu sikap terlalu berkira-kira juga menyumbang kepada masalah yang lebih besar, contoh kipas radiator, saya terjumpa pemilik Naza yang terlalu berkira-kira untuk tukar kipas Ori, maklumlah harganya lebih mahal daripada kipas 2nd gred, jadi mereka memilih kipas yang murah. Tetapi ramai yang tidak sedar dan tidak faham.. Kipas 2nd gred itu tidak mampu menyejukkan enjin tersebut seperti kipas Ori, kesudahannya sikap kedekut itu menyebabkan enjin berkenaan menghadapi masalah overheating.

Masalah seterusnya, Ketidaktelusan makanik... Ini pun sering saya jumpa, mereka bukan sahaja mengenakan cas yang terlalu tinggi kepada pemilik Naza, malah mereka menggunakan alat ganti yang tidak berkualiti, seperti Plug Cable, Airflow Sensor, Kipas Radiator, dan sebagainya. Kesudahannya kenderaan tersebut mengalami masalah semula, dan seterusnya akan menyebabkan pemilik kenderaan tersebut menjadi serik dengan Naza Ria.

Nasihat ikhlas dari saya :
Cari lah workshop yang boleh dipercayai, jangan amal sikap kedekut, dan terlalu berkira-kira, kita yang sihat pun boleh sakit, tak kan kereta yang berusia tak rosak?

Apabila workshop mendapati kerosakkan berjangkit-jangkit, jangan tahu salahkan pomen, kadang-kadang tu kena terima hakikat, kereta dah lama, pasti akan ada part yang dah rosak dan sedang menunggu masa untuk rosak.

Naza Ria adalah ketogeri kenderaan mewah, sudah pasti alat gantinya lebih mahal daripada alat ganti kenderaan tempatan, lagi satu nak kena faham kenderaan ini adalah kenderaan import, sudah pastilah keadaan nilai mata wang Negara memainkan peranan dalam pembelian alat ganti, kerana ia melibatkan dagangan Antarabangsa.

Kalau nak murah, baik guna kenderaan tempatan, tapi rasanya kini alat ganti kenderaan tempatan yang dah moden pun tidak semurah dulu....

PB MAJU AUTOMOTIF
No 6, Jalan Desa Utama,
Bandar Country Home Rawang
No Hfon : 0166585716


Ulasan

  1. Nice explaination . Saya dah 2 tahun lebih guna naza ria tahun 2004 , skrg ni ada ,asalah dgn leaking radiator tp cari tak jumpa kt mana . Air slalu kering . Dan lagi 1 , air flow sensor dah 3 kali rosak . Parak la macam ni . Abang ada apa2 recomandation ke dalam kes mcm ni ?nak bawak smpai ke rawang mcm jauh naw , sy stay perak je

    BalasPadam
  2. Salam. Sy dh pakai Nazaria selama10 tahun sejak 2008. Alhamdulillah... setakat ni tak ada masaalah. Cuma sekali relay fius kipas enjin mati... temperature naik lebih separuh sikit.. sy cepat2 matikan enjin. So far tk ada msaalah. Lps tukar relay fius.. alhamdulillah sampai skrg its still ok..

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum.. saya nak tanya kenapa aircond naza ria tiba-tiba tak sejuk? Srmalam ok jer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Skrg ni susah juga nak canal. Dengan factor cuaca yang panas tahap gunung Sahara. Aircond kereta saya pun kadang2 sejuk kadang2 tidak.

      Padam
    2. Cek impresion valve aircond

      Padam
  4. Assalammualaikum boleh saya tahu kenapa dan mengapa air cond blkr iaitu sisi naza tak berfungsi... Seterusnya kenapa semasa belok ada brbunyi... Sblum ni dh baiki tempat yg sama skrg ia masih brbunyi agaknya apa mslhnya ye?

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum sy baru dok cari kereta naza ria. Sbd anak ramai harga pun mampu milik tapi tolong saya cari kan bole area peneng. Sy x pandai pasai kereta.

    BalasPadam
  6. Salam...nak tanya sikit...air radiator asyik kurang..bila mekanik check bocor..dia kata ada satu paip kat belakang enjin yang fix kat badan leaking..dia kata itu untuk kegunaan di negeri sejuk bagi panaskan enjin..so kita tak perlu..dia pasang stopper dan tak sambungkan...betul ke yang dia cakap?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wkmusalam. sory mncelah. bg pndapt sy mmg betol itu untk suhu panas. rasanya klu paip msah baik n xbocor. boleh saja diguna balik utk suhu panas. tp mcm admin ckp..coolant kena jaga. nti klu dah karat truk bocor. makan byk modal lagi. hahaha.

      Padam
  7. Kereta naza ria saya ada masaalah.minyak hitam campur air.apa patut saya buat.

    BalasPadam
  8. salam... sy nak tanya pasal naza ria sy ni. injin ok.
    bila sy on kan air cond injin jadi semput2. kalau sy of kan air cond injin ok macam biasa. kena apa abg2 semua

    BalasPadam
  9. berapa kos bagi mentanance naza ria ya?dan apa masalah naik panas bila kita berhenti dekat jalan jem,tapi bila gerak ja...normal balik ok pula..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Check radiator fan.. mungkin sangkut atau fius fan problem

      Padam
  10. Saya beli naza ria second hand 2004, beli 5 tahun sudah. Kiranya saya pemilik ketiga dah.Teragak agak juga nak beli mula2, Alhamdulillah,takde masalah berat lagi. selagi pandai jaga sebab kereta ni agak manja dan kena service on time. Masuk highway, mmg sedap bawak, aircond terbaik.
    Maintenance mmg la lebih sikit.. minat punya pasal, kereta lama pun jadilah.

    BalasPadam
  11. Boleh atau tidak kita keluarkan thermostat. Tidak guna thermostat untuk elakan injin panas..

    BalasPadam
  12. Boleh berikan pandangan tentang nazaria? Saya pemilik nazaria ade masalah,nazaria loose power on the road.ape yg harus saya buat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya plak sensor temp dah tukar tapi miter temp tidak naik apa masalahnya tlg jelaskan tuan

      Padam
  13. Assalaqamualaikum,apa minyak yg bagus untuk servis kereta naza ria?

    BalasPadam
  14. Apa masalah kereta saya ni selalu Mati enjin?kadang start pn tk on?

    BalasPadam
  15. Naza ria sesuai x untuk bawak barang niaga pasar malam??

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAZA RIA & SOLUTION

PUNCA UTAMA NAZA RIA OVERHEAT