MASALAH NAZA RIA

Assalammmualaikum & Salam Sejahtera.

Disini saya ingin berkongsi sedikit ilmu cara penyelenggaraan sistem penyejukkan enjin, khususnya untuk kenderaan Naza Ria, seperti kita sedia maklum enjin Naza Ria sering menghadapi masalah #overheat. Persoalannya apakah kita mampu mengatasi masalah tersebut atau tidak? Tetapi jika anda bertanya kepada saya, dengan penuh keyakinan saya akan menjawap boleh.

Menceritakan pengalaman saya dengan Naza Ria. Saya membeli Naza Ria pada penghujung Tahun 2008, Naza Ria saya itu dijadikan teksi Eksekutif (HWD74), bukan nak cakap besar, tetapi kenyataannya saya telah memandu Naza Ria itu keseluruh Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak, sehingga lah pada Tahun 2015 saya membuka Pusat Servis Kenderaan di Sentul, saya menyewakan Teksi Naza Ria saya itu kepada pemandu kedua sehingga ke hari ini, mileage Teksi Naza Ria saya setakat ini telah mencecah hampir 700,000KM. Kalau tak percaya cari lah Teksi saya itu di Lembah Kelang dan tengok sendiri mileagenya dan terlitilah buku log servis, segala kos membaikpulih dan KM dicatatkan di dalam buku log tersebut.

Berbalik semula masalah Overheat, sepanjang pengalaman saya menggunakan Naza Ria dan membaikpulih Naza Ria, saya mendapati punca sebenar masalah itu berpunca daripada kekurangan pengetahuan pemilik Naza Ria menjaga enjin tersebut, tidak dinafikan ramai pemilik Naza Ria melakukan penyelenggaran pada enjin dan gearbox mengikut jadual, malah ramai diantara mereka menggunakan minyak yang sangat-sangat berkualiti.

Tetapi dalam pada itu, mereka terlepas pandang pada perkara yang amat penting selain Minyak Enjin, Minyak Gearbox dan Timing Belt, saya mendapati ramai pemilik Naza Ria tidak melakukan penyelenggaraan pada sistem penyejukkan enjin, mereka sama sekali tidak pernah menukar air di dalam radiator sehingga menyebabkan aliran air ke dalam enjin tersumbat, dan akhirnya menyebabkan enjin Naza Ria itu menghadapi masalah Overheating.

Disini saya lampirkan satu video cara untuk melakukan penyelenggaraan pada sistem penyejukkan enjin Naza Ria, anda boleh buat sendiri dirumah, atau jika anda kurang berkeyakinan, sila datang ke workshop saya di 780 Jalan Sentul KL. H/Fon 0166585716 Kamal.

Jika anda berpuas hati dengan pencerahan ini, sila share kepada rakan, sahabat dan saudara anda, mudah-mudahan sedikit sebanyak ia dapat membantu saudara kita yang lain. InsyaAllah.

FB : Pusat Servis Kereta KL - PB Maju
#pbmaju




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAZA RIA & SOLUTION

BENARKAH ENJIN NAZA RIA BERMASALAH ATAU KITA SEBENARNYA BERMASALAH.

PUNCA UTAMA NAZA RIA OVERHEAT