Assalammualaikum & Salam Sejahtera Sering kali saya terbaca komen-komen negatif dilaman sosial terhadap MPV keluaran Koria ini. Ramai yang berkata enjin kenderaan MPV ini tidak bagus kerana terlalu manja dan sebagainya. malah difahamkan kos untuk membaikpulih semula enjin MPV ini terlalu tinggi sehingga mencecah belasan ribu Ringgit... Persoalannya benarkah? Jom kita bincangkan..... Saya adalah salah seorang pengguna MPV Naza Ria ini sejak Ogos 2008, ketika itu MPV yang saya miliki dijadikan kenderaan pengangkutan awam (Teksi), terus terang selama setahun saya menggunakan MPV ini sebagai Teksi, saya sentiasa berada didalam kebimbangan, apa tak nyer kiri kanan depan belakang, semua orang cakap enjin Naza Ria ini bermasalah, mudah overheat, dan kos untuk membaikpulih enjin MPV ini agak mahal. Saya cuba memahami punca penyakit MPV ini, masalah utama dia overheat, lalu saya mengambil berat tentang sistem penyejukan enjin (coolant), saya akan flushing radiator MPV saya ...
Assalamualaikum & Salam Sejahtera Sebiji Naza Ria enjin dah Siap Overhaul. Harga RM8500 (body sahaja). Kompenan di tukar : • Liner dengan pengubahsuaian • Timing belt • Water pump • Thermostat • Main Bearing • Piston Ring • Conrod Bearing • Flywheel Oil Seal • Spark Plug • Servis Radiator • Head Water Test • Skim Selinder Head • Enjin Oil • Oil Filter • Upah Jaminan 3 bulan Tahun : 2004 Cat : Masih dalam keadaan baik. Dalaman : Masih dalam keadaan baik. Nak tukar color pun boleh. Cat Metelic Luar Sahaja tambah RM1800 Cat Metelic Luar Dalam tambah RM2200 Remark: Kepada rakan-rakan yang berhajat memiliki Naza Ria, saya nasihatkan cari Naza yang Enjin dah siap Overhaul dari Bengkel-Bengkel yang dipercayai dan kalau boleh biar yang masih ada jaminan. Jangan tergoda pada Tahun, luaran atau dalaman, kerana kos overhaul Enjin pun tak kurang dari RM6000. 0️⃣1️⃣6️⃣6️⃣5️⃣8️⃣5️⃣7️⃣1️⃣6️⃣ Whsup https://wa.link/zt524r
Assalammualaikum & Salam Sejahtera Naza Ria adalah sebuah kenderaan MPV yang sangat selesa untuk kegunaan keluarga, namun tidak dinafikan ramai pemilik Naza Ria berdepan dengan masalah overheat, masalah tersebut bukan sahaja menyebabkan pemilik Naza Ria mengalami kerugian besar, malah telah menyebabkan pasaran Naza Ria kini tidak ada harga. Sebenarnya masalah overheat bukan sahaja akan dihadapi oleh enjin Naza Ria, sebaliknya masalah overheat pasti akan belaku terhadap semua enjin kenderaan, jika penjagaan enjin itu tidak betul. Berkenaan enjin Naza Ria ini, ia akan cepat terkesan (overheat) kerana saluran sistem penyejukkannya agak sedikit halus jika dibandingkan dengan enjin Japan. Sepanjang pengalaman kami membaikpulih engin Naza Ria, kami mendapati hampir 99% pemilik Naza Ria kurang arif dalam penjagaan kereta, kebiasaannya mereka hanya melakukan penyelenggaraan terhadap minyak engin dan minyak gearbox, sedangkan mereka sama sekali tidak pernah melakukan penyelengg...
Ulasan
Catat Ulasan