8hb Ogos 2017, kami menerima sebuah lagi Naza Ria yang enjinnya diletakkan dibelakang dalam keadaan terbarai (lerai), Naza Ria ini telah tersadai disebuah Workshop hampir 1 Tahun lebih, cuba perhatikan gambar pintu Naza ini, dah berlumut.

Mengikut cerita pemilik Naza Ria ini, workshop lama memberitahu kepada beliau bahawa kedua-dua head Naza Ria dia telah rosak dan tidak boleh digunakan lagi, namun dari pandangan fizikal kami, kami percaya kedua-dua head tersebut masih boleh digunakan, cuma perlu menjalani beberapa proses pengesahan dan pembaikkan.


Setelah proses pertama dilakukan, sah kedua-dua head tersebut masih boleh digunakan, dan kerja-kerja pembaikkan enjin Naza Ria tersebut berjalan walaupun sesekali terbantut kerana ada beberapa kompenan tidak disertakan sekali.

Hasilnya....Pada 30hb Ogos 2017 enjin Naza Ria yang lerai bertahun, telah berjaya dihidupkan, walaupun terpaksa menggunakan beberapa kompenan (Sensor) dari kenderaan lain sebagai pinjaman sementera.



Kepada pemilik-pemilik Naza Ria diluar sana, kami bukan pakar Kia atau Naza, tetapi InshaAllah dengan pengetahuan dan pengalaman kami selama membaikpulih enjin Naza Ria, kami boleh bantu anda.

Cuma ingin kami gariskan disini "Tidak ada satu jenis enjin kenderaan pun didunia ini yang tidak akan rosak, jika kita tidak tahu menjaga enjin tersebut" .

Belajarlah cara penjagaan enjin kenderaan dengan betul, InshaAllah kita mampu mengurangkan risiko overheating sehingga 90%..



PB MAJU AUTOMOTIF
780 Jalan Sentul KL
Tel : 03:40501312
H/Fon : 0166585716
fb #pbmaju








Ulasan

  1. Salam sejahtera.saya ada naza ria yang baru pakai 1tahun.baru2 ni tutop radiator bawah bocor,jadi radiator panas,da saya ada tanya sorang kawan sebagai pomen,dia bagitahu saya yang head depan da xboleh pakai.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAZA RIA & SOLUTION

BENARKAH ENJIN NAZA RIA BERMASALAH ATAU KITA SEBENARNYA BERMASALAH.

PUNCA UTAMA NAZA RIA OVERHEAT